Sunday 18 September 2011

Pelawak terkenal di Malaysia

Along Cham
Pelakon dan pengacara yang memulakan karier menerusi penglibatan dalam program realiti Raja Lawak bersama Azrul. Beliau telah menikah dengan penyanyi iaitu Zila Seeron.

Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bungsu daripada dua beradik. Beliau ialah juara Raja Lawak Astro musim pertama kalau di indonesia API gan.Beliau juga merupakan peserta maharaja lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai juara maharaja lawak di malaysia gan

Mohd Saiful Azam
Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak, pengacara,penyanyi dan pelakon yang terkenal di Malaysia.Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem di Malaysia pada waktu ini.Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario walaupun telah keluar dari kumpulan tersebut, beliau tetap sering di panggil sebagai tetamu khas di rancangan televisyen Senario.

Opie Zami
Mohd Saufi bin Zami merupakan seorang pelawak Malaysia yang mula popular pada tahun 2000 dan aktif berlakon dalam banyak watak komedi. Beliau paling dikenali menerusi watak Mat Rock dalam sitkom popular Spanar Jaya. Belaiu merupakan anak kepada pelawak veteran Zami Ismail.

Afdlin shauki
Afdlin Shauki bin Aksan (lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki atau Chief Kodok kepada peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, dan pelawak terkenal di Malaysia. Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 & 2010.

Mohd Yazid Lim
Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama.

Ahmad Nabil Ahmad
Ahmad Nabil Ahmad ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal semenjak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai. Kini, beliau mengacarakan rancangan hiburan Studio Nabil dan Pondok-Pondok serta menglibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan.

Zizan Raja Lawak
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak Astro musim pertama.Beliau juga merupakan peserta maharaja lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai naib juara maharaja lawak.

Iskandarsah Hashim
Iskandarsah Hashim ataupun Angah merupakan seorang pelawak popular Malaysia yang mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2009. Beliau merupakan salah seorang daripada pelakon utama dalam filem yang mencatat kutipan tertinggi di Malaysia iaitu Ngangkung pada tahun 2010. Penampilan pertamanya di layar perak adalah menerusi filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham.

Abdul Wahid
Abdul Wahid bin Mohd atau lebih dikenali sebagai Wahid Senario merupakan seorang pelakon lawak Melayu. Abdul Wahid dilahirkan pada 5 Oktober 1975 di Ipoh, Perak, Malaysia.

No comments:

Post a Comment